Salam alaik...


Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan CD. Antaranya:


1. CD ni tak bocor ke. Kalau anak buang air besar macam mana? Kan susah nak basuh.


2. Kenapa CD ni mahal sangat? Berbaloi ke beli?


Ok...ini jawapan saya. Saya adalah pengguna CD bukan pada sepenuh masa. Kasihan juga nak suruh cikgu anak2 saya basuh inserts. Jadi saya hanya gunakan CD bila berada di rumah sahaja dan waktu tidur mereka memang saya akan pakaikan CD.


Tak bocor ke? Tentulah kalau 'isi'nya sudah penuh, ianya akan berat seperti disposable diaper. Ikut pada anak kita. Jika banyak apa yang dia buang, maka ibu perlu menukarkannya seperti biasa. CD bukan 'perfect' tetapi ianya adalah alternatif yang bijak, menjimatkan dan mesra alam.


Anda bayangkan, di waktu malam sahaja, anda sudah dapat menjimatkan penggunaan disposable diaper dengan menggunakan CD yang boleh dibasuh berulang-ulang kali, tahan lama bertahun-tahun dan boleh diwarisi oleh adik-adik dibawah. Cuma perlu menggantikan insertnya.


CD tidak mahal jika kita lihat akan fungsinya yang tahan lama. Dengan disposable diaper yang jatuh pada harga RM0.80 sekeping dan hampir RM40 untuk satu set disposable diaper, ianya akan anda buang selepas menggunakannya.


Dengan CD, anda melaburkan wang sebanyak RM 55.90, dan anda boleh gunakannya selama mungkin. Hebat bukan?


Membasuh memang memenatkan. Tetapi ianya satu aktiviti yang sihat dan tidak susah untuk membasuh CD. Saya merasai pengalaman ini bila mana saya dapati ianya bukanlah satu yang membebankan. Melihat timbunan pampers yang menjijikan di dalam tong sampah, adalah lebih 'memenatkan' daripada melihat CD dan inserts yang telah dibasuh bersih dan dijemur di bawah matahari dan kemudian kering dan boleh dipakai semula.


Cubalah dulu sebelum anda menilai CD yang baru anda kenal ini. Mungkin inilah yang mak-mak kita gunakan untuk kita dulu. Konvensional dan nampak kolot. Namun ianya telah dimodenkan dan disesuaikan dengan zaman sekarang.


Jika masih belum puas, hubungi saya dan marilah kita berbual tentang keseronokan memiliki CD untuk anak-anak kesayangan kita.


Have a nice day!


Ummi Asyiq :)

0162270144









Baby Sling, new arrival....!
Choose one for only RM 65.
SMS me or fill up the form for order.
Thank you :)






Yellow, Lime Green, Blue and Minnie Pink















New Arrival of Cloth Diaper

The price that you have to invest is RM55.90 for one CD and 2 inserts.

Make your first step for your baby and toddler.

SMS me now or fill up the form provided below for your order.

Jazakallahu khairan kathira :)

Salam...

Dulu saya adalah pengguna baby sling yang saya beli daripada sebuah kedai keperluan bayi dan kanak-kanak. Saya sedar akan kebaikan menggunakan baby sling selepas membacanya daripada sebuah majalah keibubapaan. Pada mulanya agak payah juga hendak mengendalikan baby sling ini, tetapi lama-kelamaan ianya menjadi semakin mudah dan anak saya pun menyukainya.

Apa yang membuatkan saya ingin memiliki baby sling ini adalah kerana pada waktu itu, anak saya menyusu badan secara eksklusif dan agak menyukarkan saya untuk ke mana-mana jika hendak menyusukannya. Dengan baby sling, saya boleh membeli belah sambil menyusukannya. Hebat bukan?!

Pernah pada suatu hari saya membeli belah di pasaraya Giant, seorang wanita asyik memerhatikan saya menyusukan anak sambil memilih baju yang hendak saya beli. Sepanjang membeli anak saya tidur lena dan kenyang kerana dapat menyusu. Akhirnya kerana begitu tertarik, wanita tersebut mendekati saya dan bertanya di mana boleh saya dapatkan baby sling yang saya sedang gunakan.

Kini, baby sling boleh anda beli daripada saya dengan harga RM 65.00 sahaja. Dengan kualiti kain yang baik, iaitu daripada kain kapas, ianya sangat sesuai dalam cuaca yang panas seperti sekarang.

Jangan lepaskan peluang ini bagi memiliki baby sling yang akan memudahkan anda menjalankan aktiviti seharian anda. Hubungi saya di 0162270144 untuk pesanan, pembayaran dan penghantaran.

p/s: Harga tidak termasuk kos penghantaran
Salamz to all...

Kenapa membazir duit membeli lampin pakai buang yang mahal...Ummi boleh berjimat dan menguruskan kewangan keluarga dengan lebih bijak jika ummi memilih untuk menggunakan Cloth Diaper (CD).

Apakah kebaikan CD?

* lampin kain yang mudah dibasuh
* sangat sesuai untuk anak yang mengalami ruam
* menjimatkan wang

Berapakah harga yang Ummi perlu laburkan?

Hanya RM 35 sahaja untuk satu CD. UmmiAsyiq sedang mempromosi CD dengan harga RM 99 untuk 3 CD.
Salam alaik.....

Alhamdulillah akhirnya blog impian saya telah dapat dirasmikan... :) blog ini dikhususkan untuk para ummi membeli barang keperluan bayi, kanak-kanak dan muslimah...

Untuk permulaan ini, saya menjual Cloth Diaper dan tilam kekabu. InsyaAllah akan datang lebih banyak produk yang bakal saya iklankan di sini.

Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian anda. Semoga anda dapat berbelanja dengan lebih bijak dan menguruskan kewangan keluarga dengan lebih bestari.

Selamat membeli!

Order Form

Name:
Email Address:
Phone Number
Shipping Address
Order Item

create web form